ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)
Jangan la ambil kalau benda tu bukan milik awk,, kan ke mencuri nama nya.. x kisah apa2 pun yg bukan milik awk samada duit, cincin, *cincin saya di curi orang!!! Jadi sila pulangkan sebelum saya membuat laporan pada kementerian alam sekitar…* boifren orang, gefren orang apatah lagi isteri atau suami orang… siap mention lagi kat situ boifren orang, suami orang… the point is “ sila jangan ambil dan tinggalkan dengan kadar segera!!.. dengar seolah2 stetment ni amat lah kejam kan tapi bukan ke mencegah lebih baik dari merawat???
Sekarang ni isu rampas boifren dan suami orang makin banyak saya dengar dicelah2 lubang pintu bilik kawan sebelah saya serta di kaki lima dorm saya * bukan orang sebenar*( tidak ada kena mengena dengan sapa2 pun tapi kalau ada yang terasa sila lah bertaubat kalau x terasa kira x buat la kan??
Kenapa x buleh ambil boifren orang or suami orang??? By the way saya nk list kan pasai keburukan ambil suami orang je la sebab kalau boifren selagi x nikah belum tentu jadi hak kita lagi kan?? Jom la tengok list2 kat bawah ni… TAPI!!!!!! Ni juz perkongsian pendapat saja kawan2 nak terima atau x terpulang sebab kuasa di hujung kuku anda…
1) X BERANI UNTUK BAGI KOMITMEN @ TANGGUNGJAWAB.
Si dya hanya akan menjadikan kamu sebagai tempat melepaskan rasa sedih, bosan. Jangan mudah terpengaruh dengan janji2 manis si dya kerana x mustahil dya hanya mahu menagih perhatian kamu sahaja agar dya tidak kesepian.
2) BUKAN SEORANG YANG JUJUR.
Sah2 lah dya bukan seorang yang jujur! Mustahil dya akan story mory dengan isteri nya bahawa dya ada perempuan laen diluar merangkap `skandal`. Kalau lah dengan isteri nya sendiri pun dya sanggup menipu apatah lagi anda yang tidak ada sebarang hubungan sah.
3) UNTUK KEPENTINGAN SI DYA SAJA
Anda hanya dicari saat dya sedih, keseorangan. Bila dya tengah bahagia sunyi sepi la hidup anda. INGAT!!! Anda hanya teman dikala kesunyian. Anda hanya hiburan untuk dya. Kucing mana yang akan menolak bangkai ikan bukan???
4) SI DYA HILANG HORMAT DAN PANDANG RENDAH PADA ANDA
Walaupun si dya selalu mengucapkan kata2 cinta kepada anda tapi tahukah anda di satu sudut yang lain, si dya tetap memendang rendah kepada anda kerana anda tetap menerima cintanya sedangkan anda tahu si dya sudah berumahtangga. Sedikit- sebanyak perasaan hormat terhadap kewanitaan anda hilang akibat sikap penting diri anda sendiri. Anda hanya ingin bahagia walaupun anda tahu ada yang sedang menderita disebabkan anda.
5) ANDA JUGAK YANG PENAT & SAKIT
Anda terpaksa menahan perasaan saat si dya bersama isteri. Terpaksa menipu banyak pihak termasuk diri sendiri.. Ya!! Anda menipu diri sendiri dengan mengatakan anda sangat bahagia dengan cara hidup anda sedangkan hati anda keras menafikan. Terpaksa menerima pujukan manis si dya untuk menceraikan isterinya tapi 1 bulan, 3 bulan, 5 bulan, 1 tahun tetap jugak x cerai2.
6) PEMUSNAH RUMAHTANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, anda seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis anda. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa anda tidak menghormati hak kaum anda sendiri. Bayangkan jika hak anda diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Ingat, jika hari ini anda mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak anda suatu hari nanti! Renungkanlah!!!
Moral of the story: xkan x faham2 lagi kot... huhuhu... jangan la pentingkan diri sendiri. fikirlah perasaan orang lain sama..
No comments:
Post a Comment