Thursday, 13 October 2011

untuk kesekian kalinya

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)



holla ruang blog sy yg dah lma sy tinggai.. ni haw ma?? haw r u? kaifa haluk? hohoho.. t`sgt la lma x update entry kt blog ni.. mlas thap siput babi la kata.. adehh laa.. dlm masa tiga pat hari ni mmg terasa sluruh bdn dilanda kpenatan disamping mata yg sgt berat serta mls ntok celik.. haisyyyy.. mau tak nya.. asyik dok brulang p balik ,p balik ke sepital kt PERDA nun d sna.. bpak la jauh.. tp apa buleh buat.. mlwat owg skit tu kn d harus kn dlm islam.. nk nk pulak abg sy seniqi.. hikhik..klu x pi mlawat rasa kesian plak kn dya dok sorng2 kt sepital sna.. itu lah yg d nma kn adik mithali..apo nk dikato.. wallawehhh... kihkihkih.. baek laaa.. ckup la stkat ini.. *memang skema*

Sunday, 11 September 2011

malasss!!!!

sy jd malas tahap gaban sehingga tidak mampu nak mengetuk2 keybot sy ntok  merapu dan teros merapu kt blog sy ni.. alayaiiiiii... ape lah nasib.. malaih ni memang xdak ubat dya kn... so.. hanya ini yg sy mampu..hohohohoho


sekian......

Saturday, 6 August 2011

Penabung Setia

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

"terlajak perahu masih buleh diundur terlajak makan terlebih kenyang la jadinya"... teramatlah sesuai pepatah ni untuk diri saya akibat tidak kenai erti ketabahan dalam menangani masalah penyanyi2 dalam perut saya yang menyanyi lagu dondang sayang serta lagu yang buleh saya sebut sebagai lagu dengan membeli segala juadah berbuka tanpa mengira duit poket yang semakin pupus disamping menolong peniaga bazaar dengan menjadi pembeli setia yang tidak mengenal erti penat dan jemu. cehhh!!!! dapat saya lihat keriangan yang terpancar diwajah peniaga2 tersebut saat duit ku bertukar tangan...uwaaaaaa ;(.... sampai saja di bazaar dengan langkah yang sepantas mungkin saya melaburkan duit kepada makcik yang menjual nasik lauk ayam masak merah yang berharga RM3.50.. tak cukup dengan itu ditambah lagi pulak dengan naget tempura pat ketui RM2..haissyyyy... tu baru mukadimah. atooyaaiiiii.... sampai ja dekat tengah pasar mulalah menjuling bijik mata saya mencari sasaran lalu dengan azam yang jitu saya memberi sapenuh fokus dan hasilnya,,, tadaaaaa :
1) nasi lauk ayam masak merah
2)naget pat ketui
3)ayam madu wing 1pcs
4) padal 2 cucuk
5)karipap pat ketui
6)ayaq tebu sebungkuih

hasilnya sangatlah memberansangkan dimana saya sudah tidak mampu bergerak hatta untuk bercakap dengan roomate saya yang hari ni tiba2 pulak banyak tanya. 

p/s: jangan terlalu ikutkan hati.. buruk padahnya.. hehehehehe

Tuesday, 2 August 2011

PENIAGA BAZAAR RAMADHAN MOGOK!!!!



ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

Semangat saya berkobar2 untuk ke bazaar ramadhan di hari pertama puasa hehehe maklum la dah setahun tak pi bazaar ramadhan. Jadi dengan penuh rasa bangganya saya pun keluaq awai dari rumah untuk membeli juadah berbuka puasa di bazaar ramadhan SELAYANG MALL. Tapi bila saya sampai ja kat bazaar,, apa benda pun dah xdak dah.. ishh3… musykil3… awat la cepat sangat abih juadah untuk berbuka kat bazaar?? Yang tinggal pun seqdak2 *saki-baki* ja…cihhh!! Hampeh tahap gaban. Baru ja plan nak makan putu mayong ngan martabak. Apa pun xdak.  Masa dalam perjalanan nak balik rumah *setelah keciwa apabila impian tidak menjadi kenyataan* otak saya mula mengembang dan mengecut memikirkan sebab musabab juadah yang melambak2 kt bazaar tu abih awai. Xkan la semua peniaga kat sana saja buat sikit kot sebab nak test market dulu macam tak berapa nak buleh diterima oleh akal perut saya pulak. Setelah dikaji dan diselidik melalui temubual bersama seorang wanita merangkap kakak saya baru lah saya menemui jawapan sebenarnya. Berikut antara analogi jawapan yang saya terima melalui perbualan tersebut:
1) “hari ni kan hari pertama posa, mesti lah semua orang dengan semangat yang berkobar2 nya nak p melawat bazaar jugak”
2) “xkan lah depa nak p melawat ukoq *ukur* tapak bazaar tu ja kot sah2 la depa nak p beli makanan untuk buka posa jugak”
3) “ bila hari pertama posa semua benda yang depa tengok rasa sedap walaupun sebelum ni memang tak teringin nak makan pun bila jumpa ”
4) “ semua orang tak tau macam mana rasa juadah tu sebab tu la hari pertama peniaga tu start menega kat bazaar tu dan untuk hilangkan rasa menyesal keesokan hari nya mereka membeli juadah yang ada kat bazaar tanpa memikirkan makanan yang dah melambak dibeli kat tangan tu dan yang paling penting tak tinggal untuk saya sama!!!”
5) buleh ka dikira awai kalau saya keluaq dari rumah nak p bazaar tu sekitar jam 6.50pm? sebab kakak saya cakap macam ni bila saya cerita kan tentang ketidakpuasan hati saya pada beliau: “ awai pa nya camtu orang laen pakat nak balik dah pun yang dia baru nak keluaq, padan la semua makanan kat sana abih”
LATIHAN HARI INI:
          1) lewat ka saya p bazaar??
          2) pukul berapa anda keluaq p bazaar??

MoralOfTheStory: Jangan terlalu mengikut hawa nafsu dibulan yang mulia ini. Bukan ka hikmah berpuasa ni adalah untuk mengingati bagaimana orang yang susah diluar sana???



Wednesday, 27 July 2011

AIR PUTIH PUNCA PENYAKIT GINJAL???





ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)


Kita selalu dengar saranan supaya minum air putih yang banyak untuk kesihatan diri. Namun,, jika cara anda salah ketika minum air putih ia boleh memberi kesan kepada kesihatan diri.
 KAJIAN KESIHATAN AKUPUNTUR membuktikan bahawa minum air sambil duduk lebih baik berbanding anda minum air sambil berdiri. Ini kerana, air putih yang diminum ketika duduk akan disaringkan oleh `SFRINGER`.  SFRINGER adalah struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk disalurkan pada penyaringan di ginjal. Sebaliknya, jika anda minum air putih secara berdiri, air akan masuk tanpa sebarang saringan. Dan inilah punca berlakunya penyakit ginjal.
Untuk mengatasinya, biasakanlah minum air sambil duduk, minumlah secara perlahan- lahan dan janganlah terburu- buru.. bukan ke nampak lebih sopan???

P/S:  jangan sia2 kan kerusi yang ada tue… buat penat beli je kalau x guna.
P/S LAGI: kongsilah ilmu ni dengan kawan2.. x baek kedekut taw!!!! hehehehe




Friday, 22 July 2011

dya BUKAN milik awak la!!!



ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)


Jangan la ambil kalau benda tu bukan milik awk,, kan ke mencuri nama nya.. x kisah apa2 pun yg bukan milik awk samada duit, cincin, *cincin saya di curi orang!!! Jadi sila pulangkan sebelum saya membuat laporan pada kementerian alam sekitar…* boifren orang, gefren orang apatah lagi isteri atau suami orang… siap mention lagi kat situ boifren orang, suami orang…  the point is “ sila jangan ambil dan tinggalkan dengan kadar segera!!.. dengar seolah2 stetment ni amat lah kejam kan tapi bukan ke mencegah lebih baik dari merawat??? 
Sekarang ni isu rampas boifren dan suami orang makin banyak saya dengar dicelah2 lubang pintu bilik kawan sebelah saya serta di kaki lima dorm saya * bukan orang sebenar*( tidak ada kena mengena dengan sapa2 pun tapi kalau ada yang terasa sila lah bertaubat kalau x terasa kira x buat la kan??
Kenapa x buleh ambil boifren orang or suami orang??? By the way saya nk list kan pasai keburukan ambil suami orang je la sebab kalau boifren selagi x nikah belum tentu jadi hak kita lagi kan??  Jom la tengok list2 kat bawah ni… TAPI!!!!!! Ni juz perkongsian pendapat saja kawan2 nak terima atau x terpulang sebab kuasa di hujung kuku anda…
1)  X BERANI UNTUK BAGI KOMITMEN @ TANGGUNGJAWAB.
Si dya hanya akan menjadikan kamu sebagai tempat melepaskan rasa sedih, bosan.  Jangan mudah terpengaruh dengan janji2 manis si dya kerana x mustahil dya hanya mahu menagih perhatian kamu sahaja agar dya tidak kesepian.
2)  BUKAN SEORANG YANG JUJUR.
Sah2 lah dya bukan seorang yang jujur! Mustahil dya akan story mory dengan isteri nya bahawa dya ada perempuan laen diluar merangkap `skandal`. Kalau lah dengan isteri nya sendiri pun dya sanggup menipu apatah lagi anda yang tidak ada sebarang hubungan sah. 
3)  UNTUK KEPENTINGAN SI DYA SAJA
Anda hanya dicari saat dya sedih, keseorangan.  Bila dya tengah bahagia sunyi sepi la hidup anda. INGAT!!! Anda hanya teman dikala kesunyian. Anda hanya hiburan untuk dya. Kucing mana yang akan menolak bangkai ikan bukan???
4)  SI DYA HILANG HORMAT DAN PANDANG RENDAH PADA ANDA
Walaupun si dya selalu mengucapkan kata2 cinta kepada anda tapi tahukah anda di satu sudut yang lain, si dya tetap memendang rendah kepada anda kerana anda tetap menerima cintanya sedangkan anda tahu si dya sudah berumahtangga. Sedikit- sebanyak perasaan hormat terhadap kewanitaan anda hilang akibat sikap penting diri anda sendiri. Anda hanya ingin bahagia walaupun anda tahu ada yang sedang menderita disebabkan anda.
5)  ANDA JUGAK YANG PENAT & SAKIT
Anda terpaksa menahan perasaan saat si dya bersama isteri. Terpaksa menipu banyak pihak termasuk diri sendiri.. Ya!! Anda menipu diri sendiri dengan mengatakan anda sangat bahagia dengan cara hidup anda sedangkan hati anda keras menafikan. Terpaksa menerima pujukan manis si dya untuk menceraikan isterinya tapi 1 bulan, 3 bulan, 5 bulan, 1 tahun tetap jugak x cerai2. 

6)  PEMUSNAH RUMAHTANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, anda seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis anda. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa anda tidak menghormati hak kaum anda sendiri. Bayangkan jika hak anda diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Ingat, jika hari ini anda mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak anda suatu hari nanti! Renungkanlah!!!

 Moral of the story: xkan x faham2 lagi kot... huhuhu... jangan la pentingkan diri sendiri. fikirlah perasaan orang lain sama..









Wednesday, 20 July 2011

sensasi ke cerita tu???

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

Makin maju dunia makin ramai wanita dekat luaq sana tanpa segan silu & dengan beraninya mengeluarkan stetment yang membuka aib sendiri ataupun orang cakap membuka pekung didada dengan mengpostkan dilaman sosial seperti FACEBOOK, TWITTER @ yang sama waktu dengannya.
Antara contoh ayat yang pernah saya jumpa kat dalam satu laman ni lebih kurang macam ni la:                  **“ apa  korang rasa bila jumpa dengan ex bf korang yang korang pernah serahkan benda yang paling berharga dalam diri korang kt mana2 then ex bf korang tu macam nak larikan diri & xmau bertanggungjawab atas apa yang dya dah buat”.. (motif soalan????)  then buleh pulak siap dok story mory ngan geng2 dya kt dalam tu dan ayat dya lebih kurang macam ni: **“muka dya time tu memang gelabah kot n nk lari dari aq tp aq lex2 je huhuhu”  (sedikit bangga di situ)
See!!! Bukan ka dya dah buka aib dya sendiri dikhalayak ramai.  Mustahil dya xtaw semua orang buleh baca stetment can`t go dya tuh. Or maybe dya teramatlah bangga dengan ke`gentlewoman` dya menghadapi situasi tersebut lalu beliau men`story mory` kan kepada semua orang.
konsepnya PERLU ka kita dok jaja cerita yang lansung x hot tu?? YES!!! Memang lah tu hak milik setiap individu or whateva tapi plezzzz la jangan tulis benda2 macam tu.. memalukan kaum!!

**PERHATIAN… AYAT DIATAS TELAH SAYA EJAS SEDIKIT ATAS SEBAB2 TERTENTU TAPI MASIH TIDAK LARI DARI MAKNA DAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH PEREMPUAN TERSEBUT

moral of the story:   1)  jagalah aib diri kita sendiri kerana jika kita tidak mahu menjaga aib kita diakhirat kelak ALLAH akan membuka aib kita.
2) berhati2 lah dalam memilih kawan kerana kadang2 kawan buleh membawa kearah kebaikan kadang2 dya jugak akan membawa kita kearah kejahatan.

p/s: ada sorang lecturer saya pernah cakap lebih kurang macam ni lah ayat dya  “kalau kita ada sorang kawan yang x pandai jaga aib diri sendiri berhati2 lah tak mustahil dya akan membuka aib kita pulak suatu hari nanti”


Monday, 18 July 2011

Khas Untuk Kaum LELAKI Sahaja!!!!!

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)


Kebanyakan lelaki lebih gemarkan makanan tempatan. Bagaimana kalau dikatakan pasta baik untuk lelaki bagi mengatasi masalah prostat???
Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan pasta dengan sos tomato amat baik untuk mengatasi kenser prostat dikalangan lelaki. Sebabnya,, tomato yang dijadikan sos untuk pasta mempunyai bahan anti radikal yang mampu menghalang serangan kanser.
Sesekali,, elok juga amalkan pasta kan???? pakat2 la mai rumah saya.. saya memang pndai buat pasta ( penuh kemegahan)

p/s: ilmu yang kita dapat jangan disimpan,,, sebar2 kanlah selagi ia bermanfaat...

bahagia tak dengan cara hidup sekarang???


ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)



Agak2 la kan kawan2 semua bahagia & hepi x dengan kehidupan kawan2 yang sekarang ni?? Hmmmm…. Bagi saya hidup saya ni ada part yang hepy ada jugak part yang sedih,,, 
Macam pelik pulak kan kalau ada orang yang hidup dya hepy memanjang & x pernah kenal erti sedih.. tapi mungkin ada la kot sorang dalam berlemon2 orang yang memang x pernah sedih Cuma saya blom pernah jumpa lagi ja dengan orang macam tu..( kalau anda ada terjumpa orang macam tu sila lah kontek saya untuk saya bertanya kan petua2 yang perlu saya amalkan)
apa yang kawan2 buat untuk bahagia kan diri kawan2 walaupun diri dan hati memang sangat2 lah x bahagia time tu??

a) terus cari nombor kawan anda & call untuk borak2 & story mory ngan kawan tu.
b) on9 & cari kawan seramai mungkin untuk merawat hati yang x berapa bahagia 2. (berkawan biaq 1000 kan??)
c) buat xtaw saja & anggap diri sangat bahagia time tu.
d) langsung x tersenarai dengan jawapan diatas.. cisss!!!


p/s:  Saya bahagia bila ada yang caring dan menyayangi saya walaupun hanya sebagai seorang kawan….


kawan2 saya yang x berenti2 cakap


 p/s lagi:  hargailah kawan yang ada disekeliling kita....  taylor swift pernah cakap dalam lagu dye " two is better than one"... kalau sorang2 memang x best kan??? 

Sunday, 17 July 2011

adoiiii.... kaki ku lenguh!!!!

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)



hari ni gelap2 lagi saya dah bangun (ceh!!! x payah nak gelap sangat la kan)  yahh.... saat yang di nanti2 kan oleh saya iaitu berlari anak bersama kawan2 saya dalam jogathon hari ni... memang eksaited gila nak join program ni sebab nya ada hadiah untok 20 peserta terawal... punya la semangat yang begitu berkobar2 saya melarikan diri saya... tapi bila sampai ja kat last check point ada ka patot depa semua buat xtaw saja kat saya... ini buleh menimbulkan kemarahan... sangat lah mereka itu hampeh.. setelah saya periksa dan siasat baru la saya taw punca2 kenapa urusetia x ambil nombor saya bila saya dah habiskan larian... dah xdak nombor lagi dah nak bg kt saya ( top twenty jgk tapi dari belakang) huhuhuhuhu.... jom la tengok muka eksaited saya... 

wajah2 semangat ntok memulakan larian...



walaupun kalah... tetap enjoy sebab ni lah pengalaman saya yang julung2 kali nya hehehe... kalah menang adat pertandingan... tapi menang tue satu bonus... apa2 pun kenangan la yang paling termahal yang saya dapat dalam idop saya... jutaan terima kasih buat fakulti saya iaitu FAKULTI PENDIDIKAN yang telah menganjurkan program ni...

Friday, 15 July 2011

manis x kurma itu????

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

rasa nak lompat tinggi2 ari ni bila assgmnt TP saya dah ciap....yepppiiii..... sangat2 bangga dengan diri saya hahahaha (gelak riak bercampur bangga) walaupun xla gempak tapi memandangkan diri saya sangat la lembab bab2 nk buat assgmnt ni... maklum la orang x brapa nak celik IT...bila assgmnt yang sangkut paut dengan IT ni memang sudah diketahui umum amatlah menyedihkan tahap kemampuan otak saya untuk berfungsi dengan lancar...huhuhuhu... apa2 pun saya tetap nak tayang hasil titik peluh yang x berapa nak peluh sangat ni... 
cantik kan???? (tulung la puji..)


yang saya terpaksa letak sebab k.cha paksa.... promosi la knon

sila puji untuk ini jugak....






  moral of the story:  kejayaan xkan datang bergolek tanpa usaha.... usaha la chek oiiiii

Thursday, 14 July 2011

saya yg x brapa ada mood nk blajaq

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)


heyy hantu jahat!!!  nyah kau dari sini... (pinjam sikit no ayat hantu k.limah balik rumah) berani2 nya beliau(setan) mengacau saya supaya saya jadi malas2 ntok kosentret... kesian pulak saya tengok DR ROSLAN ajaq sorang2 bagai nak rak tapi student laen sebok laa dok sembang pa pun xtaw la yang saya geram tue buleh pulak sembang x ajak saya.. tapi yang sure nya muka DR. dah bengang dah.. tapi saya memang pelik DR. buleh plak buat xtaw..ishhh3.... sabaq jala... sungguh la kesabaran beliau teramat tinggi...hehehehe


lectre saya yang semangat ajaq even sume student buat hal masing2...cian2...



dan lagi snap gambaq dalam kuliah... terok3...




saya sebenarnya nak letak qambaq kawan2 yang enak dibuat mimpi time kuliah tapi rasa kesian pulak... (selamat kawan2 saya kan)...huhuhuhuhu

over kott...

ASSALAMUALAIKUM!! X JWAB DOSE,, KLU JAWAB SAAYANG :)

Yuhhu…… saya ada 2 blog!!!! ( maklum la orang x berapa nk celik it)…. Jd saya dgn bangga nya nk habaq saya ada 2 blog la ni… apa2 pun.. saya tetap orang baru dalam dunia b`blog neh.. jadi kalau saya ada salah n silap tulung la ajaq n betulkan ye… harap2 suma sudi la ye jadi kawan saya ye….ehehe…